Tuesday 7 June 2011

PASRAH BAB 1

BAB 1              
Kring!!  loceng sekolah berbunyi bermakna waktu sekolah sudah tamat.  Di meja hadapan dua orang gadis sedang membaca buku juga tidak ketingggalan untuk mengemas barang dan pulang ke rumah.  Sesampainya dua gadis tadi di depan rumah mereka memberi salam.
"Asalamualaikum,"  kata mereka serentak.
"Waalaikummussalam,  oh..  kamu berdua sudah balik ya masuklah,"  seorang wanita tua menjawab salam sambil membuka pintu.  Dengan senyuman di bibir gadis itu pun masuk lalu mereka menyalami wanita tua itu dan dua orang lelaki tua yang sedang membaca suratkhabar sambil minum kopi.
"Makcik mana ibu saya,"  kata salah seorang gadis dari itu.
"Ibu kamu berehat di dalam biliknya,"  Gadis itu pun pergi mendapatkan ibunya di bilik.  Apabila dia membuka pintu gadis itu melihat ada sekujur badan yang agak lemah sedang tidur di atas katil.  Badan ibunya diselimut hingga ke paras dada.  Gadis itu sedih melihat ibunya yang kurus,selalu sakit dan  sudah berkedut dia terasa yang dirinya tidak menjaga kesihatan ibunya.  Gadis itu membiarkan ibunya berehat dia tidak mahu menggangu wanita tua itu. Gadis itu terus beredar dari bilik itu dan terus pergi ke biliknya.
"Khadijah..  bagaimana dengan keadaan ibu kamu?"
"Ibu saya sedang tidur,saya nampak tadi ibu saya dalam keadaan yang baik-baik sahaja."
                                                           
                                                                        *  *  *

Besoknya Fatira dan Khadijah hendak pergi ke pekan untuk membeli peralatan dapur.
"Fatira kamu sudah siapkah?saya sedang menunggu di tingkat bawah ini,"  kata Khadijah.
"Ya..ya..  sebentar saya sudah hampir siap."  Khadijah sedang menuruni tangga sambil itu dia melihat penampilannya,  adakah sudah kemas atau masih ada yang kurang?namun dia sudah berpuas hati dengan penampilannya.
"Jom,  kita pergi sekarang!  Lalu dua gadis itu menyalami orang tua mereka.  Mereka ke pekan untuk membeli barangan dapur di samping itu mereka hendak membeli keperluan mereka.  Apabila dua gadis itu sudah dekat untuk sampai ke pekan,  Khadijah merasakan sesuatu yang aneh dan pelik. 
"Mengapa aku merasakan sesuatu yang aneh?  aku tengok Fatira ok sahaja tidak pula menunjukkan reaksi wajah macam aku"  gerutu Khadijah di dalam hati. 
"Fatira kamu ada merasakan sesuatu yang aneh?"
"Khadijah!!  kamu juga berasa begitu saya memang ada merasakan begitu dari tadi lagi"  Mereka berdua senyap kerana mereka rasa ada sesuatu di belakang mereka lalu mereka segera menoleh.
"Oh....  pakcik rupanya kami ingat penjahat tadi,"  kata mereka serentak lega hati mereka tidak ada apa-apa yang berlaku.  Mereka pun meneruskan perjalanan tetapi sebelum mereka mengangkat kaki untuk berjalan pakcik itu berkata.
"Muka kamu berdua serupalah macam kembar,  kamu berdua kembarkah?"  pakcik itu memulakan perbualan. Fatira dan Khadijah terkejut dan mereka saling pandang-memandang.
"Tidak kami bukan kembar tetapi hanya sepupu,"  kata Fatira.  Muka dan nama mereka memang hampir sama Khadijah bernama Siti Nur Khadijah dan Fatira pula Siti Nur Fatira.
"Rasanya pakcik kenal kamu berdua,kalau tidak silap Fatira dan Khadijahkan?"
"Ya..  bagaimana pakcik tahu nama kami berdua?"  soal Khadijah dengan kehairanan.
"Pakcik  terdengar  kamu berdua bercakap tadi." 
"Oh patutlah,  pakcik nama apa?"  tanya Fatira pula dengan perasaan ingin tahu.
"Kamal panggil sahaja pakcik Kamal,  kamu berdua tinggal dimana?"
"Di Kampung Sentosa,"  kata Khadijah.
"Baiklah pakcik kami pergi dahulu,kami hendak membeli barang..  asalamualaikum"  kata Fatira sambil mencuit bahu Khadijah tanda mengajaknya teruskan perjalanan yang terbantut seketika.
"Waalaikumsalam."
"Besar sudah anak-anak aku,berita baik ini harus aku beritahu isteriku supaya nanti dia akan senang hati,"  kata hati kecilnya. 

                                                                         *  *  *

Pada waktu malam semasa dua buah keluarga sedang makan malam.  Fatira dan Khadijah menceritakan kejadian petang tadi sewaktu hendak ke pekan.  Puan Rokiah dan lain-lain terkejut kerana mendengar nama  Kamal.  Mereka takut rahsia mereka akan terbongkar dalam masa yang terdekat ini mereka tidak mahu kehilangan Fatira dan Khadijah yang amat mereka semua sayangi,kasihi dan cintai.  Namun kadangkala mereka juga berfikir bahawa Kamal dan isterinya lebih berhak ke atas Fatira dan Khadijah kerana mereka berdua ibubapa kandung kepada dua anak gadis itu.   





                               

Cadangan/tambahan dari Pn Nurol

2.RINGKASAN CERITA
Novel ini mengisahkan persahabatan di sebuah kampung yang bernama Kampung Sentosa.Mengisahkan persahabatan antara Fatira dan Khadijah.Mereka berdua ialah
sepupu yang sangat akra
b.Di kampung itu penduduk amat mengenali mereka berdua.
Fatira seorang gadis yang peramah,sopan-santun dan pandai berdikar
i.Manakala,Khadijah
seorang yang pemal
u,cerdik dan pandai mengambil hati seseorang.Pada suatu hari,
datanglah sebuah keluarga yang berpindah ke kampung itu buat seketik
a.Keluarga itu
mempunyai seorang anak gadis yang bernama Zulaikh
a.Fatira dan Khadijah
berkawan dengan Zulaikh
a,Zulaikha sememangnya baik tetapi dia ingin
memutuskan persahabatan antara Fatira dan Khadija
h.Pelbagai cara Zulaikha mencuba
untuk memisahkan mereka berdua tetapi
seakan ada yang melindungi mereka (di sini boleh diletakkan nilai tarbiah di mana Allah Taala sentiasa melindungi orang-orang yang benar).
Kesimpulan akhirnya cerita ini Fatira dan Khadijah hidup bahagia.

  1. Betulkan bahagian yang dimerahkan
  2. Konflik dalam rangka cerita ini belum cukup, sukar henda menghasilkan novel 80 ms. Anda cuba tambah satu lagi konflik besar dan 3 hingga 4 lagi konflik kecil.
  3. Perlu jarakkan 2 space selepas titik, noktah dan lain-lain tanda bacaan (!.,?;)

Sunday 5 June 2011

Rangka Novel Pasrah

1.PERANCANGAN NOVEL
  • Bab dijangka 15-20,mengikut cerita.
  • Bilangan muka surat 80 A4 single spacing.
2.RINGKASAN CERITA
   Novel ini mengisahkan persahabatan di sebuah kampung yang bernama Kampung Sentosa.Mengisahkan persahabatan antara Fatira dan Khadijah.Mereka berdua ialah
sepupu yang sangat akrab.Di kampung itu penduduk amat mengenali mereka berdua.
Fatira seorang gadis yang peramah,sopan-santun dan pandai berdikari.Manakala,Khadijah
seorang yang pemalu,cerdik dan pandai mengambil hati seseorang.Pada suatu hari,
datanglah sebuah keluarga yang berpindah ke kampung itu buat seketika.Keluarga itu
mempunyai seorang anak gadis yang bernama Zulaikha.Fatira dan Khadijah
berkawan dengan Zulaikha,Zulaikha sememangnya baik tetapi dia ingin
memutuskan persahabatan antara Fatira dan Khadijah.Pelbagai cara Zulaikha mencuba
untuk memisahkan mereka berdua tetapi seakan ada yang melindungi mereka.
Kesimpulan akhirnya cerita ini Fatira dan Khadijah hidup bahagia.
3.PLOT
1.BAB 1 -Seorang oarang gadis yang masih bersekolah,rupawan dan bijak.
2.BAB 2 -
3.BAB 3 -
4.BAB 4 -
5.BAB 5 -
6.BAB 6 -
7.BAB 7 -
8.BAB 8 -
9.BAB 9 -
10.BAB 10 -
11.BAB 11 -
12.BAB 12 -
13.BAB 13 -
14.BAB 14 -
15.BAB 15 -

4.KERTAS WATAK
Fatira
1.Seorang gadis yang peramah,sopan-santun dan pandai berdikari.
2.......
3.........

Khadijah
1.Seorang gadis yang pemalu,cerdik dan pandai mengambil hati seseorang.
2......
3.......